Rabu, 22 April 2009

UMNO dan perjuangan


Kini era Pak Lah dah berakhir dan bermula lah era Datuk Seri Najib sebagai peneraju utama dalam UMNO dan kerajaan BN.Perjuangan yang masih belum selesai yang harus dipikul oleh DSN sebagai orang pertama dalam UMNO.
Begitu banyak dan tinggi harapan kaum melayu pada DSN.Harapan agar dapat menyatu padukan semula orang Melayu yang semakin longgar perpaduannya.Harapan agar ketuanan melayu dimertabatkan dan tidak diperlekehkan oleh kaum lain.Harapan agar martabat sultan sebagai simbol ketuanan melayu dipelihara.Harapan agar segala bantuan yang salurkan diterima oleh yang memerlukan,tidak berlaku ketirisan dalam perlaksanaan dan perkhidmatan.Harapan agar lebih tegas dalam menangani isu-isu yang menyebabkan perpecahan dan kacau bilau dalam masyarakat.
Semua itu memerlukan DSN bekerja dengan lebih kuat dan mempunyai barisan kepimpinan yang mantap dalam merealisasikan dan memastikan agenda yang disusun dapat mencapai matlamat dan sasaran. Sesungguhnya perjuangan memang belum selesai,selagi badan tidak dikandung tanah,diri tidak disentap zaman,akal tidak disurut usia,maka selagi itu lah perjuangan akan terus berlaku dan berjalan.Biarlah surut air dilautan,jangan semangat kita yang surut dalam memperjuangkan nasib kaum kita,negara kita yang sekarang masih diacah dan diagah oleh kaum lain.
Salam perjuangan dari saya dan kaum melayu,salam kejayaan yang saya harapkan akan menunggu DSN dan barisan kepimpinannya dalam perjuangan.Salam keyakinan saya hulurkan semoga ia dapat memberi keyakinan kepada kaum melayu yang masih kurang yakin lagi diluar sana.

Jumaat, 10 April 2009

Pilihan raya bukit selambau dan bukit gantang



Aku hairan bin ajaib kenapa kita orang melayu mudah diperbodohkan?aku lagi bertambah hairan lagi ajaib kenapa kita orang melayu mudah di perkotak katik kan?Buta kah mata? mati kah hati kita orang melayu yang terus terusan menyokong orang yang terang-terang dipergunakan oleh kaum cina untuk kesinambungan politik dan menjarah hak-hak orang melayu?

Aku sedar dan tau yang BN kalah kerana undi menoriti kaum lain yang mula telah nampak peluang untuk memecah monopoli UMNO (orang Melayu) dalam kerajaan.Tapi kenapa orang melayu yang lain tidak sedar dan bersatu semula merapatkan barisan?Jangan sampai kita kehilangan kuasa baru nak bersatu kerana akibatnya amat buruk.

Jangan mudah mengalah UMNO!jangan mudah mengalah orang melayu yang sayangkan bangsa nya sendiri kerana kita walau pun memegang kuasa kita tidak pernah meminggirkan kaum lain tapi jika kaum lain yang memegang kuasa belum tau lagi kita tidak akan dipinggirkan.Jadi berjuang lah pejuang UMNO !!!berjuang lah Perwira UMNO!!!!Demi bangsa mu

Khamis, 26 Februari 2009

Melayu dah semakin layu


Melayu,melayu, apa dah jadi dengan orang melayu?Dulu masa Tun mahathir kata nak cipta kereta keluaran malaysia ,orang melayu yang memperlekehkan tapi akhirnya mereka yang paling ramai menggunakan kereta nasional itu.Bila Tun bina KLCC pun kata membazir tapi akhirnya orang melayu yang dok berbondong-bondong dengan bas melawat KLCC.Bila Tun nak bina Puterajaya,lagi dasyat sampai PAS kata kalau depa dapat memerintah,Puterjaya depa nak lelong tapi akhirnya orang melayu dan PAS lah yang dok sibuk menikmati keindahan dan keunikkan Puterajaya.Apa? orang melayu tak berfikir panjang kah sebelum bercakap?dah ikut perangai KARPAL karam singh(Raja singa tak bergigi tu)kah?cakap main sedap mulut je sampai dah macam orang nyanyok?




Orang melayu sekarang hanya mempercayai apa yang didepan mata mereka aje.Yang tersirat mereka dah tak peduli.Fakta dan angka yang dikeluarkan oleh kerajaan langsung tidak mereka percayai kerana tuduhan-tuduhan yang kerajaan mempunyai agenda tersembunyi konon.Mereka lebih rela mempercayai pembangkang yang tak pernah buat apa-apa kepada mereka melainkan janji manis yang tak pernah tertunai.Mempercayai Polis? jauh sekali.Aku dah jadi jemu dan muak dengan perangai orang melayu sendiri yang sanggup orang melayu merempat dan terjajah dibumi sendiri asal hati puas,asal dendam terbalas,asal parti mereka menang,asal guru mereka menang walau pun negeri tergadai.Sampaikan tergamak orang melayu mengatakan sendiri yang sampai kiamat pun PAS dan UMNO tidak akan bersatu tetapi dengan DAP dan kaum lain tak pe pulak?





Kenapa saling ugut-mengugut?kan kita sesama melayu?seagama dan sebangsa.UMNO kalah dalam pilihanraya ke 13?itu ugutan yang dilontarkan jika PPSMI tidak dibatalkan.Aku nak katakan disini agar biarlah UMNO betul-betul kalah dan aku nak tengok apa yang akan jadi pada orang melayu sesudah itu.Aku masa itu dah tak ngaku jadi orang melayu lagi kerana parti orang melayu dah tak wujud lagi,so biar lah melayu-melayu yang layu ni memporak perandakan orang melayu dan kaum cina memijak-mijak orang melayu dan aku nak lihat siapa yang menangis bila di pijak.Aku macam Tun gak orang kata keturunan mamak,tak sayang orang melayu,so biarlah melayu -melayu yang layu ni membela nasib mereka tapi itu tunggu bila UMNO kalah dalam PRU 13 dan terhapusnya parti melayu dan secara tak langsung hilang lah kemelayuan ku.

Isnin, 23 Februari 2009

kemelut dalaman orang melayu


Orang melayu adalah satu kaum yang merupakan kaum yang majoriti di Malaysia.Kita perlu sebutkan majoriti itu kerana kita sudah tidak menjadi kaum yang tunggal tinggal di Malaysia.Kita sekarang berkongsi tanahair dengan kaum yang telah mendapat hak kerakyatan dan telah menjadi satu cop dan slogan yang amat dikenali dimata dunia iaitu masyarakat majmuk.Keamanan akan didapati di malaysia jika kaum majoriti ini aman dan keamanan akan tergugat jika kaum majoriti ini tidak aman.
Kaum Melayu ketika merdeka telah bersatu padu dibawah satu payung iaitu parti perikatan dan sekarang dikenali sebagai barisan nasional yang ditunjangi oleh UMNO.Barisan Nasional telah merangka berbagai-bagai program baik dari modal insan dan pembangunan akibat dari peristiwa 13 mei kerana keamanan pada ketika itu tidak wujud dalam kaum melayu.Orang Melayu merintih kesusahan ditanahair mereka sendiri.Kaum yang diberi hak kerakyatan ingin berkuasa kerana mereka menguasai ekonomi.Berbagai-bagai pendekatan yang dilakukan oleh Barisan Nasional untuk merapatkan jurang pemisah antara kaum melayu dan bukan melayu agar orang melayu merasa aman di bumi sendiri.DEB dilaksanakan dan banyak menyumbang kepada peningkatan ekonomi orang melayu.
Perasaan aman itu telah mula terhakis sejak akhir-akhir ini akibat dari usaha seorang yang bernama Anwar Ibrahim.Segala usaha kerajaan untuk mempertingkatkan lagi ekonomi orang melayu telah diperlekehkan oleh beliau.Bahkan yang paling menyedihkan Anwar meminta keseimbangan dan keadilan dalam agihan kekayaan dan pendapatan antara kaum melayu dan bukan melayu.Tuduhan kronisme menjadi mainan walaupun beliau sendiri telah dibuktikan oleh TUN MAHATHIR lebih mengamalkan sistem kroni.
Akibat dari trend demonstrasi dan gengsterizem yang beliau amalkan setiap kali gagal dalam sesuatu atau pilihanraya,keamanan itu semakin terhakis.Kaum bukan melayu semakin menekan dan menekan untuk mendapat lebih hak.Kaum melayu akhirnya akan rasa terpinggir lagi sekali ditanahair sendiri akibat dari pemimpin yang ada sekarang lebih memberi perhatian kepada pengundi bukan melayu yang menjadi penentu kemenangan dalam pilihanraya,Akhirnya 13 mei yang kedua akan berlaku lagi,kiat lihat dan tunggu kerana negara kita sedang menuju kearah itu sekarang.

Selasa, 17 Februari 2009

PPSMI lagi?



lagi sekali aku akan membicarakan isu PPSMI ni kerana GMP baru-baru ini telah mengemukakan saman terhadap kementerian pelajaran kerana mendakwa PPSMI adalah melanggar perlembagaan negara.aku hairan kenapa sukar sangat mereka-mereka ini menerima perubahan yang baik ? cuba kita lihat kesan yang di terima oleh anak-anak kita pada masa hadapan,sekarang pun anak-anak kita telah sedikit sebanyak menguasai bahasa ilmu tu.berapa ramai lagi kita nak letak anak-anak kita dalam bidang sastera yang tidak menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan luas?tak cukup kah seramai 80.000 graduan menganggur kerana memilih bidang yang tak gunakan banyak bahan rujukan bahasa inggeris?berapa ramai lagi yang mereka ingini sehingga baru mereka dapat menerima kebaikan PPSMI?

Perbanyakkan lah buku-buku dalam bahasa melayu,buku-buku rujukan ilmiah yang banyak digunakan di unversiti,cuba terjemahkan dalam bahasa melayu.Ini akan meningkatkan dan memertabatkan bahasa melayu.cari jalan penyelesaian agar kita tak memerlukan buku bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan,maka secara tak langsung atau langsung kita sudah tak memerlukan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara,pengantar,komunikasi kerana bahan bacaan rujukan hanya ada dalam bahasa melayu,Mereka-mereka ini tidak sanggup menghadapi cabaran ,lalu untuk menutup kelemahan mereka,mereka mengatakan kerajaan mengambil tindakan tergesa-gesa dalam perlaksanaa PPSMI.Dunia telah maju kehadapan dengan berlari ,mereka masih lagi merangkak.Mereka tidak dapat mengikut apa yang kerajaan lakukan untuk rakyat malaysia,maju dalam masa yang pendek.Pemimpin dunia kagum dengan kemajuan yang kita capai dalam masa hanya 50 tahun.

Sebenarnya mereka ini menempelak Tun Mahathir apabila berkata yang kerajaan tergesa-gesa dalam melaksanakan PPSMI kerana Tun yang melaksanakan PPSMI ini semasa pemerintahannya.Yang berlaku ialah mereka menempelak diri mereka sendiri atas kelemahan mereka yang tidak mampu berlari seiring dengan Tun.Bukan perlaksanaan PPSMI yang bermasalah tetapi mereka yang bermasalah.Kalau Tun nak menghapuskan bahasa melayu tentu dia buat macam Indonesia atau singapura,yang hanya membenarkan satu bahasa dalam sistem pembelajaran.Bahasa tidak akan terhapus kalau kita mengembangkannya menjadi bahasa ilmu,bahasa tidak akan perkasa jika hanya menjadi bahasa percakapan harian atau tulisan harian.Dia akan diperkasakan secara global atau tempatan jika ia dijadikan bahasa ILMU

Ahad, 15 Februari 2009

UMNO peneraju ISLAM di Malaysia


Aku pun dah lama nak mencerita kan hal islam antara UMNO dan PAS ni sebab aku tak puas hati kerana mereka senang-senang je mengecap aku ni orang kafir sedangkan aku dan orang UMNO menyembah tuhan yang satu ALLAH subhanahuwatala.Sembahyang mengadap kiblat yang sama,bacaan,rukun dan syarat sah sembahyang yang sama.tak tau la kalau orang PAS bacaan dia lain,rukun dia lain,syarat sah sembahyang diaorang pun lain,kiblat pun lain,tak tau la aku. Aku dah lama nak tanya yang orang PAS ni Islam atau PAS itu yang ISLAM sebab dia kata masuk PAS masuk Syurga?kalau orang PAS itu islam dah tentu mereka akan mengikut segala suruhan dan larangan tuhan dan rasul nya, bukan suruhan guru mereka yang kebanyakkan macam ular dalam semak,Aku tak suka menghina tapi tahap kesabaran manusia ada hadnya,mereka senang-senang kata ulama UMNO ular dalam semak jadi tak salah aku kata macam tu kat mereka.Prinsip Islam adalah prinsip hidup saling hormat-menghormati bukan benci-membenci tetapi PAS yang mengaku lebih Islam dari UMNO menanamkan perasaan benci kepada para pengikutnya kepada orang UMNO yang seratus peratus orang Islam.



Kenapa perlu tok-tok guru mereka melahirkan perasaan benci yang mendalam kepada orang UMNO?tak lain -tak bukan mereka mempunyai agenda untuk memonopoli dan memanupulasikan manusia-manusia yang dangkal ilmu,makan tak tengok dalam pinggan ada ulat ke?ada racun ke?ada naga ke? main telan je tu yang mudah terpedaya.Nasib baik je PAS tak buat kerajaan langit kalau tak terus melangit angan-angan tok-tok gurunya.Bayangkan apabila mufti perak mengeluarkan kenyataan yang membantah UMNO dan kerajaan mereka sokong bagai nak rak tapi bila mufti mengeluarkan kenyataan yang mengikut landasan agama islam mengikut apa yang beliau ketahui secara jujur ,dia kena maki hamun.Ini lah yang dikata kan memanupulasikan pengikut seperti yang pendita-pendita kristian dan yahudi dahulu buat,seolah-olah mereka aje yang betul,yang mengikut landasan Islam tetapi sebenarnya mereka yang terjun dalam neraka yang mereka ciptakan sendiri kerana menjadi kan agama batu loncatan untuk mereka mencapai apa yang mereka hajati.


Yang paling aku tak puas hati tu ,NIK AZIZ(malas aku nak panggil tok guru kerana bagi aku orang macam tu tak layak jadi guru aku)mengeluarkan kenyataan,jika lompat parti pergi ke PKR(PA)baik tapi jika lompat parti pergi ke UMNO itu hina(memang bodoh dah nak mampus orang tua ni)aku tempreture memang dah naik seratus peratus ni kerana orang-orang macam nik aziz,hadi awang,mat sabu dan ustaz-ustaz dalam PAS yang terlalu extrem dan tidak mengikut saranan RASULLAH supaya orang islam berjalan di tengah-tengah dalam semua perkara(bersederhana)tidak berlebih -lebih membenci,tidak berlebih-lebih menyanyangi,tak terlebih-lebih menyanjungi seseorang,tidak melebihkan akhirat hingga meninggalkan dunia,tidak melebihkan dunia sehingga meninggalkan akhirat.Sehingga kan wafatnya Rasulullah,syaidina Abu Bakar berkat bahawa jika kamu sayang kepada rasulullah,Rasulullah telah mati,tetapi jika kamu sayang kepada Allah,Allah tidak mati.


Baca al quran baik-baik bagaimana Allah menyuruh Umat Islam mempersiapkan diri ,negara baik dari segi pertahanan,sains teknologi atau apa saja yang dapat mengangkat mertabat umat Islam dimata orang kafir hingga mereka takut untuk memerangi dan menindas agama Islam.Tapi kerana ingin berkuasa ,nik aziz dan ustaz-ustaz yang dah karam dalam lautan nafsu mereka tu sanggup bersengkongkol dengan DAP,PKR,yang satu masa dulu mereka sendiri ludah dengan kalimah kafir,akhirnya mereka menjilat kembali ludah mereka malahan sanggup diperkudakan oleh mereka.Memang syaitan telah membutakan hati mereka itu dan Allah menambah kebutaan itu kerana itu janji Allah dalam Al Quran bagi orang-orang yang memperkuda kan agamaNYA

Rabu, 11 Februari 2009

sambungan UMNO atau PAS ..........





aku bawakan satu kisah dan pandangan tentang ulama yang seperti ular dalam semak yang banyak terdapat dalam PAS.Berkata Prof Hamka dalam kitab nya Tasauf Moden dalam tajuk BENCIbeberapa bab akhir dalam buku itu.



Segala sesuatu ada buruk dan baiknya,sekiranya kita melihat alam atau manusia dalam mata yang penuh kebencian,tidak terdapat dalam alam barang yang tidak tercela.Matahari begitu berfaedah kepada manusia dan alam tetapi bagi si pembenci tak dapat menghargai matahari lantaran panasnya.Bulan begitu indah dan nyaman,Orang pembenci hanya ingat bahawa bulan itu tidak tetap memberi cahaya,kadang-kadang kurang.Bagi pembenci tiada ada kebahgiaan.Tidak ada pengarang yang pintar,tidak ada pemimpin yang bijak,tidak ada manusia yang baik,semua ada cacatnya.

Yang pandai,yang bijak,yang baik hanya dia.itu lah penyakit benci yang dah berakar umbi dalam jiwa PAS.Pertimbangan yang waras sudah tak memainkan peranan,segala kebaikan bukan ucapan terima kasih yang diterima,tetapi cemuhan dan kata-kata"itu adalah tugas pemerintah untuk memakmur dan membangunkan negara,kita tak perlu terhutang budi atau berterima kasih kerana memang itu tanggungjawap mereka".Ajaran yang langsung tak ada dalam hadis dan kitab al quran.Kebaikkan langsung tiada pada UMNO sedangkan telah banyak hingga buncit perut mereka makan hasil dari usaha kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.Kata mareka lagi"Kerajaan ibarat bapa dan rakyat ibarat anak,dah memang tanggungjawap bapa menyara dan membesarkan anak".Tanggungjawap bapa aje yang mereka baca sedangkan tanggungjawap anak apa?melawan bapa yang membesarkan,menyekolahkan.Kurang ajar pada bapa walau pun hanya kesalahan kecil yang bapa lakukan?dalam islam menyaran kan agar menjaga hubungan dengan ibu dan bapa, walau sebesar mana kesalahan ibu dan bapa janganlah sesekali kita menengking herdik mereka tetapi tegurlah dengan cara yang bijaksana agar tidak terguris perasaan mereka.Sebab itu aku kata UMNO lebih menampakkan ciri-ciri Islam

dari PAS.

PAS kata memperjuangkan ISLAM tetapi banyak tatasusila Islam yang mereka langgar hingga dosa yang tuhan tidak ampunkan pun mereka lakukan.Islam diturunkan untuk mengatur dan memelihara hubungan sesama manusia.Islam bukan sekadar ibadat menyembah Allah saja tetapi lebih lebar dan luas dari itu.Islam lebih menganjurkan kita menjaga kebaikkan dan keburukkan jiran tetangga kita,tetapi PAS ,aku ingat dah berkilo-kilo makan bangkai dah sebab ada hadis yang mengatakan begitu,yang suka mengata saudara nya sendiri(seagama)umpama orang yang makan bangkai.Bukankah dosa sesama manusia itu tidak akan diampun kan tuhan selagi manusia itu tak memaafkan nya?demi kuasa PAS hina dan menguris perasaan orang UMNO yang tak pernah pun mengkafirkan mereka,Tak pernah pun menghina mereka.Adakah mereka mampu minta maaf sebelum mati kepada lebih satu juta penyokong UMNO?PAS cerita dosa dan pahala seolah-olah UMNO penganjur pada kemaksiatan yang berlaku dalam malaysia.Bukan kah mereka sendiri yang mengatakan kepada orang yang bukan islam bahawa cara hidup mereka tidak akan diganggu jika memilih PAS sebagai pemerintah,so apa salahnya UMNO jika kita juga membenarkan bukan melayu menjual arak,menternak babi,buka disco,pub atau apa saja bentuk maksiat.kan itu cara hidup mereka seperti juga PAS kata Kita tidak akan ganggu.

Jom heboh,Tv3 milik siapa? kerajaan ke?kenapa kerajaan disalahkan jika orang tak nak pergi masjid sembahyang sedang kan azan berkumandang?beribu masjid kerajaan dirikan seluruh negara.kalau benar-benar beriman tentu cukup masa ,sampai waktu kita akan meninggalkan apa saja yang kita lakukan untuk mengadap Allah.Kerajaan tidak pernah melarang rakyatnya sembahyang bahkan kita ada kan berbagai program untuk menyemai keimanan dalam diri,Kenali Islam, jangan sampai jadi islam sebab mak bapa islam,Islam lah kerana kita cinta kan islam(tunduk).Islam kerana mengenali dengan sebenar-benarnya pencipta Islam(ALLAH).TOTO,MAGNUM,KUDA,milik kerajaan ke?aku tengok ramai orang PAS yang memenuhi tempat tu.Cakap je suruh tutup.Kan itu bisnes orang bukan melayu.kita tak boleh tutup kerana mengikut cakap PAS,tidak akan ganggu cara hidup bukan melayu.SOOOOOOOOOOOO,sapa lebih Islam